Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Dinar’ merupakan amalan yang masyhur dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri. Ramai yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengkaruniakan kemurahan rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah. Tetapi haruslah mengamalkannya secara beristiqamah.
.
.
Hikmah Ayat 1000 Dinar.
Siapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:
1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.
2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, kezaliman dan bencana alam.
4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, kezaliman dan bencana alam.
4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
.
.
Sejarah Dinamakan 1000 Dinar
Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir as. Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu semula berfikir bahwa mimpi yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut bermimpi bertemu Nabi Khidir as. Lalu Nabi Khidir as pun mengajarkanlah akan pedagang itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat berkenaan.
.
Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat yang lain dengan menggunakan jalan laut yaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Yang bisa dilakukan oleh pedagang itu hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah diajarkan Nabi Khidir as. Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Setelah reda badai, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah negeri bersama barang dagangannya yang tidak rusak walau sedikitpun. Sambil menengadahkan tangan mengucapkan syukur ke hadirat Allah SWT, beliau sadar dan insaf akan kebesaran ayat yang diamalkannya itu. Lalu pedagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri tersebut. Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). Begitulah kisahnya, sehingga sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir as itu digelar ayat 1000 dinar.
Apabila diperhatikan kepada makna setiap ayat, memang tepat dan benar bahawa ayat ini amat penting untuk dipahami oleh setiap umat Islam, agar lebih tinggi ketergantungan seseorang itu kepada Allah SWT dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan. Ayat tersebut mengandung dua pengajaran yaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan. Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan rezeki dan jalan keluar dari setiap masalah dalam hidup setiap hambaNya. Jika keyakinan itu disematkan dihati dan fikiran maka sudah tentu Allah lah tempat penentu kesudahan.
.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
- (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
Comments
Post a Comment